ya ramadhan al-kareem.



Assalammualaikum.

Hari ni dah masuk 27 Ramadhan 1433 Hijrah. Cepatnya masa berlalu pergi. Rasa singkat pula kita berpuasa tahun ni kankan. Terima kasih kerana datang untuk menambahkan pahala kepada kami. Banyak yang perlu kami perbaiki. Kehadiranmu tenang-setenangnya membawa rahmat dari Ilahi. Pemergianmu sayu bagi hati ini untuk melepaskan. Ya Allah, panjangkanlah umur kami untuk bertemu dengan bulan yang penuh dengan keberkatan-Mu. aminn. Please visit us again. We will going to miss our guest..Ramadhan Al-Kareem!!! Takaballahhuminkum. (semoga Allah menerima segala amalan kita) aminn..

Pecah kaca,
Pecah gelas,
Al Quran terus dibaca,
Ramadhan indah dihias.

Ramadhan diutamakan, Aidilfitri tanda kemenangan.
happy fasting *ukhwahfillah ^^





mashaallah! hebatnya kuasa Maha Pencipta


Kisah ini diceritakan oleh seorang ustaz yang bertugas memandikan mayat orang Islam di hospital. Lebih kurang jam 3.30 pagi, saya menerima panggilan dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang, Selangor untuk menguruskan jenazah lelaki yang sudah seminggu tidak dituntut. Di luar bilik mayat itu cukup dingin dan gelap serta sunyi dan hening.

Hanya saya dan seorang penjaga bilik tersebut yang berada dalam bilik berkenaan. Saya membuka dengan hati-hati penutup muka jenazah. Kulitnya putih, badannya kecil dan berusia awal 20-an. Allah Maha Berkuasa. Tiba-tiba saya lihat muka jenazah itu sedikit demi sedikit bertukar menjadi hitam. Mulanya saya tidak menganggap ia sebagai aneh, namun apabila semakin lama semakin hitam, hati saya mula bertanya-tanya. Saya terus menatap perubahan itu dengan teliti, sambil di hati tidak berhenti-henti membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Detik demi detik berlalu, wajah jenazah semakin hitam. Selepas lima minit berlalu, barulah ia berhenti bertukar warna. Ketika itu wajah mayat berkenaan tidak lagi putih seperti warna asalnya, tetapi hitam seperti terbakar. Saya keluar dari bilik berkenaan dan duduk termenung memikirkan kejadian aneh yang berlaku itu. Pelbagai pertanyaan timbul di kepala saya apakah yang sebenarnya telah terjadi? Siapakah pemuda itu? Mengapa wajahnya bertukar hitam? Persoalan demi persoalan muncul di fikiran saya.

Sedang saya termenung tiba-tiba saya dapati ada seorang wanita berjalan menuju ke arah saya. Satu lagi pertanyaan timbul, siapa pula wanita ini yang berjalan seorang diri di bilik mayat pada pukul 4.00 pagi. Semakin lama dia semakin hampir, dan tidak lama kemudian berdiri di hadapan saya. Dia berusia 60-an dan memakai baju kurung.

Ustaz," kata wanita itu."Saya dengar anak saya meninggal dunia dan sudah seminggu mayatnya tidak dituntut. Jadi saya nak tengok jenazahnya." kata wanita berkenaan dengan lembut.

Walaupun hati saya ada sedikit tanda tanya, namun saya membawa juga wanita itu ke tempat jenazah tersebut. Saya tarik laci 313 dan buka kain penutup wajahnya

"Betulkah ini mayat anak mak cik?"tanya saya."Mak cik rasa betul... tapi kulitnya putih."Makcik lihatlah betul-betul." kata saya. Selepas ditelitinya jenazah berkenaan,wanita itu begitu yakin yang mayat itu adalah anaknya. Saya tutup kembali kain penutup mayat dan menolak kembali lacinya ke dalam dan membawa wanita itu keluar dari bilik mayat. Tiba di luar saya bertanya kepadanya.

"Mak cik, ceritakanlah kepada saya apa sebenarnya yang berlaku sampai wajah anak mak cik bertukar jadi hitam?" tanya saya.Wanita itu tidak mahu menjawab sebaliknya menangis teresak-esak.Saya ulangi pertanyaan tetapi ia masih enggan menjawab.Dia seperti menyembunyikan sesuatu."Baiklah, kalau mak cik tidak mahu beritahu,saya tak mahu uruskan jenazah anak mak cik ini. "kata saya untuk menggertaknya.

Bila saya berkata demikian, barulah wanita itu membuka mulutnya.Sambil mengesat airmata, dia berkata,"Ustaz, anak saya ni memang baik,patuh dan taat kepada saya.Jika dikejutkan di waktu malam atau pagi supaya buat sesuatu kerja,dia akan bangun dan buat kerja itu tanpa membantah sepatahpun.Dia memang anak yang baik.Tapi..." tambah wanita itu lagi "apabila makcik kejutkan dia untuk bangun sembahyang,Subuh misalnya, dia mengamuk marahkan mak cik.Kejutlah dia, suruhlah dia pergi ke kedai,dalam hujan lebat pun dia akan pergi, tapi kalau dikejutkan supaya bangun sembahyang,anak makcik ini akan terus naik angin.Itulah yang mak cik kesalkan." kata wanita tersebut.

Jawapannya itu memeranjatkan saya.Teringat saya kepada hadis nabi bahawa barang siapa yang tidak sembahyang,maka akan ditarik cahaya iman dari wajahnya.Mungkin itulah yang berlaku.Wajah pemuda itu bukan sahaja ditarik cahaya keimanannya,malah diaibkan dengan warna yang hitam.

Selepas menceritakan perangai anaknya,wanita tersebut meminta diri untuk pulang.Dia berjalan dengan pantas dan hilang dalam persekitaran yang gelap.Kemudian saya pun memandikan, mengapankan dan menyembahyangkannya.

Selesai urusan itu, saya kembali ke rumah semula.Saya perlu balik secepat mungkin kerana perlu bertugas keesokan harinya sebagai imam di Masjid Sultan Sallehuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.Selang dua tiga hari kemudian, entah kenapa hati saya begitu tergerak untuk menghubungi waris mayat pemuda tersebut. Melalui nombor telefon yang diberikan oleh Hospital Tengku Ampuan Rahimah,saya hubungi saudara Allahyarham yang agak jauh pertalian persaudaraannya.

Selepas memperkenalkan diri, saya berkata,"Encik, kenapa encik biarkan orang tua itu datang ke hospital seorang diri di pagi-pagi hari.Rasanya lebih elok kalau encik dan keluarga encik yang datang sebab encik tinggal di Kuala Lumpur lebih dekat dengan Klang."Pertanyaan saya itu menyebabkan dia terkejut,"Orang tua mana pula?" katanya.

Saya ceritakan tentang wanita berkenaan, tentang bentuk badannya,wajahnya, tuturannya serta pakaiannya."Kalau wanita itu yang ustaz katakan,perempuan itu adalah emaknya, tapi.... emaknya dah meninggal lima tahun lalu!"Saya terpaku, tidak tahu apa yang hendak dikatakan lagi.Jadi 'apakah' yang datang menemui saya pagi itu?

Walau siapa pun wanita itu dalam erti kata sebenarnya,saya yakin ia adalah 'sesuatu' yang Allah turunkan untuk memberitahu kita apa yang sebenarnya telah berlaku hingga menyebabkan wajah pemuda berkenaan bertukar hitam.Peristiwa tersebut telah terjadi lebih setahun lalu, tapi masih segar dalam ingatan saya.Ia mengingatkan saya kepada sebuah hadis nabi,yang bermaksud bahawa jika seseorang itu meninggalkan sembahyang satu waktu dengan sengaja,dia akan ditempatkan di neraka selama 80,000 tahun.Bayangkanlah seksaan yang akan dilalui kerana satu hari di akhirat bersamaan dengan seribu tahun di dunia.
Kalau 80,000 tahun?

Ingatlah..azab meninggalkan solat fardhu ini amat dahsyat dan tidak putus-putus seksaannya dari kehidupan dunia hinggalah kehidupan akhirat..Semoga kita semua mengambil iktibar dari cerita ini dan menjadi orang yang sentiasa menjaga solat,InsyaAllah.. -via Islam Iman Ihsan

P/s: Ambillah pengajaran dari cerita diatas ini. Semoga kita semua tidak menjadi seperti cerita ini. Amin. InsyaAllah.

Selamat datang Ogos!




Assalammualaikum. Hai kawan-kawan !
Alhamdulillah, hari ni hari yang ke-12 umat Islam berpuasa. Selamat berpuasa semua!
Nampaknya, bulan Julai sudah melabuhkan tirai. Selamat datang bulan Ogos!
semoga hari-hari yang kita jalani diberkati oleh Yang Maha Esa. aminn.

Wahh! lama jari jemari ni tak menari-nari atas papan kekunci yang comel ni. Hehe
Selamat berbuka puasa semua. Wasalam : )


nota kaki : hiasi diri, jaga peribadi.

heart it 

Family trip . Horaayy !


Assalammualaikum , Hi there !

Cameron Highlands ..
Nian indah tempatmu. Cantik sungguh ciptaan Ilahi.

Wahh! pembuka kata manis berbicara. cewaaahh, hehee. okay sebenarnya cuti masa tu nyssa dan keluarga pergi jalan-jalan dekat Cameron Highland. Maklumlah, nyssa ni baru pertama kali pergi sana jadi "excited" terlebih oh. Apa-apa pun mmg terbaaaaeekkk. Awal-awal pagi, kita orang bertolak ke sana. Sampai je dekat sana, fuuuhh! sejuk. grrrr~ nyaman je suasana dekat atas. tengok pemandangan semua hijau. Ya Allah, cantik sungguh tak terkata. Rasa macam nak tinggal dekat situ terus sebab tempat dekat sana best walaupun takda apa-apa sebenarnya. sesuai untuk orang yang mencari ketenangan. hehee. okay, ni serba sedikit gambar masa dekat sana. let's check it out !

sarapan pagi bersama-sama

kami yaww !

hahaa. promot teh cameron.

 one happy family. love it !

tokwan saya. kacak kan?

atok dan saya. peace !

it's me. nyssa.

akmal. my little brother.

yummy! love strawberry..

~ nyssa

Holidays come again and again

Assalammualaikum. Hai peeps !

Selamat bercuti kepada semua pelajar sekolah. Hehee. Cuti 2 minggu yang agak panjang.
homework pun banyak juga. terima kasih cikgu sebab bagi manfaatkan cutiku.
saya suka, saya suka! Okay, sekarang tinggal lagi seminggu je.
Ohh, jyeeaaahh! minggu depan sekolah.
# hati kecil berbicara. alahaaiii, dah nak sekolah balik. facts ! 

Okaylah, kawan-kawan. manfaatlah cuti kali ini dengan perkara yang baik dan menarik.
Yang penting luangkan masa bersama orang yang tersayang tau.
baru ada keakraban sesama ahli keluarga. hehee.
selamat bercuti. enjoy and feel it !






nota kaki : hiasi diri, jaga peribadi.

heart it 

Selamat Hari Ibu !




Assalammualaikum. Hai semua !

Maaflah nyssa lama tak update. Humm, tengoklah sampai hari ibu pun nyssa tak sempat nak update. Tak apalah, setiap hari sebenarnya hari ibu, kankan? hehee..
Hari ini nyssa nak ucapkan Selamat Hari Ibu kepada Pn. Hafidzah iaitu ibu saya
dan semua ibu serta bakal ibu di luar sana. Ibu ialah permata hati kita.
Insan yang sentiasa berada di sisi kita walaupun ada masanya mereka sibuk mencari rezeki.
Ibu, terima kasih kerana telah membesarkan ayong tanpa rasa jemu. macam-macam ibu bagi dkt ayong. Tidak terkira jasamu ibu. Sayang ibu sangat. kiss sikit. muuaaahhh! <3
semoga harimu ceria di samping menjalani kewajipanmu ~

sambil baca, sambil dengar lagu yea kawan-kawan.


p/s : ibu, I love you so much !

~ nyssa

i'm back !




Assalammualaikum.
kunichiwa, o hai yo gozaimass.

wahh! pagi-pagi dah cakap bahasa Jepun. alahai, budak baru belajar.
Rindunyaa, jari jemari ni nak menari lagi. Lama juga tak intai blog ni. Nak update pun tak ada masa.
sibuk sgt laaa, minggu ni ada EXAM. kena baca buku. kena catch up semua subjek yang tertinggal.
nak jadi pelajar cemerlang ni kena buat mcm2 laa *berangan*

okay, sebenarnya saya update hari ni sebab nak hidupkan balik my miss b ni.
haaa! tambahan, kepada semua kawan yang exam minggu ni, SEMOGA BERJAYA!
buat yang terbaik utk diri anda dan keluarga yang tersayang.
semoga kita memcapai kejayaan yang kita impikan.

" learning is a gift, even when pain is your teacher "

~ nyssa..

happy holiday !




Assalammualaikum . Hi friends !

yeayh! Holidaaaayysss !!! ~
semestinya semua orang suka cuti . am i right? hahak . buuttt , for those who are students .
don't forget about our homeworks ! must complete it yeah ! Teheee . okay , there's nothing here actually . saja gatal tangan nak taip taip . hehee .

Alright , that all for today . takecare of yourself . release all your stress . it's time to relax your mind . enjoy your holiday with your family and friends . jangan lupa "study" okay ! wink wink ~

~ nyssa ~


larian bestari . whoaa ~

assalammualaikum
moshi moshi friends..

Alhamdulillah , hari jumaat yang sangat indah . lamanyaa tak update #huhu , bz la katakan . hehee . okay okay , pagi tadi memang beessttt! Larian Bestari SMK Putrajaya presint 11(2) 2012 ! Alhamdulillah , Seri Bestari "The Best" juara lagi , lagi dan lagi . jyeah! hehee . hm , kali ni aku dapat third place perempuan under18 . first time tuu . #cehh! semangat nak bgtau..khii.. bersyukur sangat sebab sebelum ni memang susah nak lawan budak budak sprinter last year , under15 . memang laju sangat diorg tu . now , i'm in class under18 . wuhuuu ! saingan ber-tambah sengit . semua rumah sukan ada atlet masing masing . auwww . TAHNIAH!! kepada semua pelajar yang telah memenangi dalam aktiviti ni . TERIMA KASIH kepada guru-guru yang telah banyak mengembleng tenaga untuk melancarkan aktiviti larian bestari pagi tadi . huhu . ada santapan untuk mata anda . gambar-gambar semasa aktiviti berlangsung . mari mari ~

bonda with our first winner larian bestari , amanina ~

marshal

our teacher yg jaga check point


so , that's all for today . heee ^_^
pergi dulu . terima kasih sudi melawat .
peace ! wasalam .

salam maulidur rasul 1433h



Assalammualaikum. Marhaban isdiqa' . Salam maulidur rasul kepada semua umat Islam . Syukur Alhamdulillah, kita masih lagi bernafas sehingga hari ini dan dapat mennyambut hari yang bersejarah buat kita sebagai umat Islam . Hari keputeraan Nabi Muhammad SAW yang dilahirkan pada hari Isnin 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan 23 April 571 M . Baginda ialah nabi yang terakhir yang diutuskan oleh Allah SWT . Jadi, hari ini marilah kita sama-sama berselawat ke atas junjungan kita Nabi muhammad SAW . Okaylah, selamat membaca dan terima kasih sebab anda sudi baca blog saya .


mari berselawat...

صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
يَا نَبِي سَلاَمٌ عَلَيْكَ
يَا رَسُوْل سَلاَمٌ عَلَيكَ
يَا حَبِيْبُ سَلاَمُ عَلَيْكَ
صَلَوَاتُ اللهِ عَلَيْكَ


p/c : ni ada sikit maklumat . rajin baca sila lah ke sini . twink twink ----> HERE

sahabat sejati

Assalammualaikum..
hyee uollss!

okay! first of all..awak semua sihat?(cewaahh..mcm ramai kawan pula) hoho.. hmm,dah lama kan aku tak update?pergghh..hari tu kata nak rajinkan diri update konoooonnya laa..maap maap maap..sejak2 dah mula sekolah dan hari ni dah hujung minggu kedua.wahaa..makin rancak cikgu2 kat sekolah aku bagi "homework"..boleh dikatakan semua subjek lah..tehee..huh! mukadimah yang sangat panjang..heheee..

Oritee..back to the point..sebenarnya,malam ni aku nak cerita sikit tentang sahabat sejati..korg semua ada sahabat kankan? tipulah kalau tak ada sahabat tapi sahabat sejati tu sangat susah nak cari..huhuu..apa yang korg faham tentang sahabat sejati?selalunya orang akan cakap kawan tu diibaratkan seseorg yang sentiasa berada di samping kita tidak kiralah jauh ke dekat ke di mana saja dia berada,dia tetap dengan kita masa kita susah mahupun senang..betulkan? tapi itu kawan macam mana dengan sahabat sejati ye?hmm..

Apa yang kita alami demi teman or sahabat kadang melelahkan dan menjengkelkan, tetapi itulah yang membuat persahabatan mempunyai nilai yang indah. Persahabatan sering mempunyai pelbagai cubaan dan dugaan, tetapi persahabatan sejati mampu mengatasi cubaan itu bahkan bertumbuh bersama kerananya..

persahabatan tidak akan terjalin secara automatik tetapi memerlukan proses yang sangat panjang. seperti besi menajamkan besi, demikianlah sahabat menajamkan sahabatnya. persahabatan akan diwarnai dengan berbagai pengalaman. suka-duka, dihibur-disakiti, didengar-diabaikan, saling bantu-membantu, namun semua ini tidak pernah sengaja dilakukan dengan tujuan kebencian..

kawan-kawan. mempunyai seorang sahabat sejati lebih berharga dari seribu kawan yang mementingkan diri sendiri. dalam masa kejayaan, kawan-kawan mengenal kita. dalam kesengsaraan, kita mengenal kawan-kawan kita. sahabat yang tulus untuk mengingatkan dan menguatkan kita ialah seorang yang mampu membawa kita ke arah yang positif , memotivasikan diri dan yakin akan diri kita sendiri..

akhir sekali, siapa sangka sahabat sejati tu diperlukan sepanjang hidup kita..

ingatlah sampai akhir hidup kita.. siapa yang berada di samping kita? siapa yanag mengasihi kita saat kita merasa tidak dicintai? siapa yang ingin bersama kita pada saat tiada satu pun yanag dapat kita berikan? merekalah sahabat kita! hargailah dan peliharalah selalau persahabatan yang kita telah jalinkan dengan mereka. InsyaAllah, mereka sentiasa akan bersama dengan kita.. Barakallah~


-kegembiraan akan bersama kita jika kita menghargai sahabat kita-

baiklah. rasanya sampai di sini sajalah yang aku nak ceritakan tentang sahabat. hehee, maaf sebab terpanjang pula entry kali ni.. semoga korg suka masa baca entry ni yaa! heyy, jangan lupa hargailah dan mensyukurilah hari-hari yang kita jalani di muka bumi ciptaan-Nya dan semoga diberkati oleh-Nya.. InsyaAllah~

DONE! open sesame! hehe :)

Assalammualaikum..

hai semua.. lamanya aku xupdate blog.. dah bersawang dah ni.. fuhh! hmm,sebenarnya ada masalah teknikal sebab tulah dah lama xmengupdate..(macam serious je masalah tuh.. kankan?) alhamdulillah.. yeayy! aku punya blog kali ni dah BERTUKAR! hehehe.. sukasuka! comel x?(gedik sat..hehee)  haa! nak tahu tak sapa yang tolong mencantikkan blog ni? jeng jeng jeng.. kawan baik aku, enal wanie.. thankyou sooo much cik comel sebab dah bersusah-payah buat semua ni.. sayaaang kau! urmm, jadi lepas ni bolehlah aku mulakan operasi merajinkan diri mengupdate.. (cewaahh! macam ada masa sangat nak mengupdate..) humm, aku masih baru kat dunia ber-blogging ni.. jadi kalau ada apa-apa ajarlah aku tau? heee.. *perlukan bantuan ni..* okaylah, sampai di sini saja aku nak bagitau.. nanti kalau aku ada masa aku akan merajinkan diri meng-update lah yea.. hehee.. see you next time! dadaaaa ~